Connect with us

Oh! Media

Pemuda Ini Kantoi Cium Dan Raba Anak Jiran Di Tepi Tangga PPR

Oh! Tidak

Pemuda Ini Kantoi Cium Dan Raba Anak Jiran Di Tepi Tangga PPR

Seorang penganggur berusia 22 tahun kantoi melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi dan raba kanak-kanak perempuan anak jirannya sendiri. Allahu!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, kejadian itu berlaku di tangga tingkat 11 sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Jun 2022.

Tertuduh, Mohamad Zulkhairi Rosli telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun dan satu sebatan atas tindakannya itu.

Hukuman itu dikenakan selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim dan mahkamah menetapkan dia menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 3 Ogos tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika disabitkan kesalahan akan diperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada awalnya, ibu mangsa didakwa melihat anak perempuannya itu masuk ke dalam rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan ketakutan.

Kemudian, mangsa cerita yang ada seorang lelaki memanggilnya sebelum mencium pipi dan merabanya. 

Semoga dijauhkanlah dari perkara-perkara sebegini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas