Oh! Tidak
Pempengaruh Taiwan Maut Di Hotel: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh, Namewee Turut Berada Di Bilik Sama
Namewee turut berada di lokasi dan bakal ditahan untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, pengarah dan pemuzik kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, serbuan dibuat terhadap Namewee pada 22 Oktober lalu kira-kira jam 4.30 petang.
Namewee turut berada di lokasi ketika kejadian
Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui mati dalam bilik air bilik hotel itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Lebih mengejutkan, Namewee dilaporkan turut berada di bilik sama ketika kejadian berlaku.
Dalam laporan sebelum ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) terhadap wanita warga asing yang ditemui di sebuah hotel di sini, pada 22 Oktober lalu. Namun, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Susulan perkembangan baharu ini, Namewee difahamkan akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Klasifikasi kes ditukar kepada bunuh

Lapor pihak polis lagi, mangsa ditemui terbaring dalam tab mandi dalam keadaan yang mencurigakan. Mangsa, Hsieh Yun Hsin dilaporkan tiba di Malaysia dua hari sebelum kejadian, pada 20 Oktober, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Pssttt! Perkembangan ini sememangnya mengejutkan ramai, apatah lagi melibatkan figura terkenal seperti Namewee. Apa pun, Ohmedia berharap siasatan dijalankan dengan telus agar kebenaran dapat dibuktikan dan keadilan ditegakkan buat mangsa.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.