Connect with us

Oh! Media

Dituduh Guna Bahan Terlarang Sebab Terlalu Kurus, Dafi Akhirnya Bersuara

Ohmedia dafi

Oh! Artis

Dituduh Guna Bahan Terlarang Sebab Terlalu Kurus, Dafi Akhirnya Bersuara

Dafi nafi tuduhan guna dadah selepas berat badan susut mendadak. Katanya, teguran netizen sebenarnya menyedarkannya dari diet melampau.

Penyanyi dan pelakon, Dafi akhirnya tampil memberi respon selepas netizen mengaitkan penurunan berat badannya dengan penggunaan bahan terlarang.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Dafi atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri Yaakob berkata yang dia tidak terasa hati langsung dengan tuduhan itu, malah menganggapnya sebagai teguran sayang.

Yang bercakap itu sebenarnya risaukan keadaan saya. Sebab itu saya tidak terasa hati apabila dituduh guna dadah. Malah saya berterima kasih.

Dafi tak sedar terlalu kurus

Dafi

Dafi mengakui komen netizen itulah yang membuatkannya berhenti daripada mengawal pemakanan secara keterlaluan kerana dia sendiri tidak sedar tubuhnya semakin susut.

IKLAN

Kerana cakap-cakap netizen itulah saya berhenti… Saya sendiri pun tidak sedar yang badan saya ketika itu terlalu kurus.

Katanya lagi, pengalaman dihina kerana berbadan besar sejak kecil menyebabkan dia sering mengalami paranoia terhadap berat badan.

Dafi turut mendedahkan pernah mencampurkan 10 biji pelbagai pil kurus demi mendapatkan berat idaman.

Kemudian saya sedar yang tindakan itu membahayakan saya.

Namun baru-baru ini, dia sekali lagi mengulangi kesilapan sama apabila terlalu ekstrem mengawal makan sehingga berat susut secara tidak sihat.

Menafikan dakwaan ‘buatan orang’

Ohmedia dafijpg

Dafi turut menafikan dakwaan penurunan berat badan itu berpunca daripada ‘buatan orang’.

Saya beberapa tahun lepas pernah kena buatan orang, tapi tidaklah membuatkan badan saya jadi kurus… Berat badan saya sebelum ini turun mendadak bukan kerana buatan orang.

Pssttt! Kesihatan tak boleh diganti. Jangan terlalu taksub nak kurus sampai membahayakan diri sendiri. Sayangi tubuh, bukan seksa tubuh.

Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas