Connect with us

Oh! Media

Pengasas eHati Dan Suami Hilang Ke Luar Negara, Polis Dedah Tahu Mereka Di Mana!

Ohmedia pengasas Ehati

Trending

Pengasas eHati Dan Suami Hilang Ke Luar Negara, Polis Dedah Tahu Mereka Di Mana!

Polis sahkan pengasas eHati dan suami lari ke luar negara tetapi lokasi mereka sudah dikenal pasti. PDRM masih teruskan pencarian dengan kerjasama antarabangsa.

Polis Selangor masih menjejaki pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan suaminya yang didakwa melarikan diri ke luar negara sejak pertengahan Oktober lepas.

Menurut laporan Harian Metro, waran tangkap sudah dikeluarkan dan operasi pencarian kini masuk peringkat kerjasama rentas negara dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

“Kita tahu mereka di negara mana” – Polis

Pdrm

Menurut Shazeli, polis belum mengeluarkan notis merah Interpol kerana pihaknya mempunyai petunjuk jelas lokasi pasangan berkenaan.

IKLAN

Setakat ini, kedua individu berkenaan masih lagi belum dijumpai dan usaha pencarian masih diteruskan.

Kita belum (notis merah) lagi sebab kita babitkan kerjasama antara negara dulu. Kita tahu mereka ke negara mana dan tidak ke mana pun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Kempen Anti Buli di IPK Selangor hari ini.

Polis dan JAIS kerjasama buru pengasas eHATI

Ehati

Shazeli turut memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa berkolaborasi dengan JAIS dalam mengendalikan kes ini.

Kami memang berhubungan sebab JAIS dan PDRM ada mesyuarat berkala… memang ada kolaborasi antara satu sama lain.

Sebelum ini media melaporkan pasangan tersebut dipercayai meninggalkan negara pada 13 Oktober, iaitu sehari sebelum mereka dijadualkan menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Semakan mendapati mereka keluar melalui laluan sah, sebelum waran tangkap dikeluarkan termasuk waran baharu oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam selepas mereka gagal hadir untuk pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Pssttt! Tak kira siapa pun, kalau dah ada pertuduhan, lari bukan jalan penyelesaian. Setinggi mana pun cuba sembunyi, kebenaran tetap akan mengejar.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas