Oh! Artis
“Terlalu Memalukan Untuk Terus Bergaduh” – Lufya Omar Nekad Tarik Semula Tuntutan Nafkah Anak
Lufya Omar tarik semula tuntutan nafkah anak terhadap bekas suami selepas penat berjuang sendirian.
Pelakon, Lufya Omar membuat keputusan mengejut apabila menarik semula tuntutan nafkah anak yang sebelum ini difailkan terhadap bekas suaminya, Dr Che Hafiz.
Menerusi perkongsian di Instastory, Lufya memaklumkan keputusan itu dibuat kerana tidak mahu terus memanjangkan isu yang dirasakannya tidak menemui jalan penyelesaian.
Saya tarik diri daripada tuntutan nafkah anak kerana terlalu memalukan untuk terus bergaduh tentang perkara itu.
Perkongsian tersebut turut disertakan gambar dirinya bersama peguam di hadapan mahkamah.
Lufya Omar penat berjuang sendirian

Lufya turut mengakui dia sudah terlalu penat berjuang seorang diri dalam hal nafkah anak, sehingga memilih untuk melepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya daripada bekas suaminya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas menilai kata-kata dan sikap bekas suami ketika proses tuntutan berlangsung.
Fikirkan sedalamnya ketika awak berkata tidak mampu dan sanggup ‘berperang’ dengan saya habis-habisan.
Tidak mengapa, saya sudah cukup bahagia untuk melepaskan awak daripada tanggungjawab itu.
Reda dan serahkan kepada Allah

Namun, Lufya tetap reda dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada seseorang yang berhutang besar dengan saya di akhirat nanti. Semoga ibu ini masuk syurga, Laana Haura, kerana berjuang sendiri.
Pssttt! Kadang-kadang, melepaskan bukan tanda kalah, tapi tanda kuat. Semoga setiap ibu yang berjuang sendiri terus diberi kekuatan dan rezeki yang tidak putus.
Kredit: Instastory
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM