Connect with us
pembantu rumah

Oh! Tidak

Pembantu Rumah Dakwa Jadi Mangsa Dera Majikan Tapi Kantoi Curi Duit RM10,850

Beberapa hari lepas seorang pembantu rumah warganegara Indonesia mendakwa terpaksa melarikan diri kerana menjadi mangsa dera majikan. Perkara ini timbul selepas video dia memohon bantuan tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub bagaimanapun menfaikan dakwaan wanita terbabit. Hasil siasatan mendapati wanita itu hanya berlagak sebagai mangsa dera sedangkan dia sebenarnya telah melarikan barang berharga serta wang tunai bernilai RM10,850.

IKLAN

Pembantu rumah siap pergi jumpa Konsulat Indonesia…

pembantu rumah

Pihak polis menerima laporan daripada wanita warga tempatan berusia 52 tahun mengatakan pembantu rumahnya yang juga warga asing telah melarikan diri bersama barang berharga.

Suspek berusia 31 tahun itu melarikan diri dari rumah pengadu pada pukul 11.21 pagi kelmarin.

Suspek juga dikatakan sempat pergi ke berjumpa Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru. Perkara itu disahkan konsul Bagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI, Rizali Noor. Mereka mendapati wanita itu berada di Malaysia sejak 15 Jun lalu.

Kredit: Kosmo Online

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas