Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tingkatan 3 Subahat Dengan 2 Rakan ‘Scam’ Ibu RM25,000

Scam ibu ohmedia

Oh! Tidak

Pelajar Tingkatan 3 Subahat Dengan 2 Rakan ‘Scam’ Ibu RM25,000

Seorang pelajar yang baru saja berusia 15 tahun tergamak ‘scam’ ibunya sendiri berjumlah RM25,000. Banyak gila!

Menurut laporan mStar, pelajar itu didakwa telah bersubahat dengan dua rakannya masing-masing berusia 17 dan 19 tahun untuk menipu ibunya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Ketiga-tiga mangsa itu menipu mangsa dengan mengatakan anaknya telah ditahan polis atas kesalahan jenayah pada 27 November lepas. Mak mana yang tak gelabah kalau dengar benda macam ni jadi kan?

IKLAN

Mereka kemudian memberitahu mangsa yang juga pembantu klinik perlu membayar sejumlah wang untuk membebaskan anaknya.

Kemudian, wanita itu terpaksa mengeluarkan duit dari Tabung Haji sebelum serahkan kepada kawan anaknya sendiri yang menyamar sebagai polis berjumlah RM25,000.

Police remand pdrm generic

Selepas membayar wang berkenaan, anaknya konon dibebaskan dan pulang ke rumah pada 30 November. Perkara yang dilakukan mereka itu kantoi apabila mangsa buat semakan di Balai Polis Seremban dan mendapati tiada sebarang penangkapan atas nama anaknya. Kah!

Lepas je dari itu, wanita itu terus membuat laporan polis dan ketiga-tiga suspek termasuk anaknya ditahan untuk siasatan lanjut. 

Ketiga-tiga suspek akan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Jumaat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas