Connect with us

Oh! Media

Pelajar Malaysia Di UK Bunuh Bayi Baru Lahir, Sorok Dalam Kotak Dan Sumbat Dalam Beg Pakaian

Ohmedia buang Bayi

Oh! Tidak

Pelajar Malaysia Di UK Bunuh Bayi Baru Lahir, Sorok Dalam Kotak Dan Sumbat Dalam Beg Pakaian

Seorang pelajar wanita dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran di United Kingdom telah didapati bersalah di Mahkamah Warwick, Coventry atas tuduhan membunuh bayinya.

Kejadian ini mengejutkan ramai apabila tertuduh, Jia Xin Teo, dilaporkan menyembunyikan bayi yang baru dilahirkannya dalam sebuah kotak bijirin dan menyimpannya di dalam beg pakaian.

Cuba sembunyi kelahiran bayi

Bunuh Bayi

Memetik laporan Malay Mail, insiden ini terbongkar pada 5 Mac apabila Teo yang mendapatkan rawatan di hospital menunjukkan tanda-tanda baru melahirkan anak.

IKLAN

Namun, pada mulanya dia cuba menafikan hal tersebut kepada pihak perubatan. Selepas beberapa sesi soal siasat, Teo akhirnya mengaku dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Pihak penyiasat bertindak pantas dengan menyerbu rumah Teo untuk mencari bukti selepas pengakuannya.

Mereka menemui bayi tersebut dalam kotak bijirin seperti yang dinyatakan oleh Teo. Bayi itu dibalut dengan plastik sebelum diletakkan dalam beg pakaian.

Bayi masih hidup, tindakan disengajakan

Bunuh Bayi

Dalam prosiding mahkamah, pihak pendakwaan menegaskan bahawa tindakan Teo adalah disengajakan. Bayi yang dilahirkan itu sebenarnya dalam keadaan hidup dan berpotensi untuk diselamatkan sekiranya dia mendapat rawatan yang betul.

Namun, Teo memilih untuk merahsiakan kehamilannya malah proses kelahiran juga disembunyikan daripada pengetahuan rakan serumahnya.

Lebih memburukkan keadaan, Teo didapati menipu petugas perubatan dan pihak polis dalam usaha menyembunyikan kewujudan bayi tersebut.

Teo dalam keterangannya berkata, dia mendengar ‘suara’ yang memintanya mencederakan bayi terbabit namun hujahan ditolak hakim.

Mahkamah memutuskan bahawa hukuman akan dijatuhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Mengikut laporan daripada BBC, Teo datang dari Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Coventry University dalam keadaan sedang hamil.

Pada 4 Mac, dia melahirkan seorang bayi di rumah sebelum ke hospital pada 5 Mac untuk mendapatkan rawatan.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini sangat tragis dan menjadi pengajaran penting buat kita semua. Tindakan menyembunyikan masalah atau kehamilan secara rahsia boleh membawa padah yang serius, malah boleh meragut nyawa.

Ohmedia buang Bayi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Malay Mail


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas