Connect with us

Oh! Media

Pelajar Ditahan Guna Borang Rentas Negeri Palsu

Pelajar Ditahan

Trending

Pelajar Ditahan Guna Borang Rentas Negeri Palsu

Kerajaan sebelum ini mengatakan bahawa orang awam dilarang untuk merentas negeri melainkan mempunyai hal penting yang telah ditetapkan. Pelbagai kes berkaitan cubaan untuk merentas negeri berlaku dan cara terbaru, mereka menggunakan maklumat palsu untuk merentas negeri.

BACA: Padah Guna Borang Rentas Negeri Palsu, Pasangan Kekasih Ditahan

Memetik laporan Beritan Harian, Pihak Polis telah menahan dua individu wanita yang merupakan pelajar kolej swasta berusia 22 tahun kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk pulang ke Pahang, Isnin lalu.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kedua-dua suspek ditahan di sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Bentong jam 6.45 petang.

Beliau berkata, kedua pelajar tersebut menaiki kenderaan sama itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kuantan, Pahang, ditahan selepas pihak polis yang bertugas berasa curiga akan kesahihan borang rentas negeri yang dikemukan suspek.

Img 20201206 120034
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar

Siasatan awal mendapati cop dan tandatangan ketua polis balai yang meluluskan permit palsu dan dipercayai dihasilkan dengan mesin pengimbas.

Selain itu, pemeriksaan dilakukan terhadap telefon bimbit milik salah seorang daripada suspek mendapati terdapat salinan borang rentas negeri kosong yang siap ditandatangani dan beserta cop dipercayai turut dipalsukan.

Zaiham berkata, anggota yang bertugas telah menjalankan ujian saringan air kencing terhadap suspek dan mendapati salah seorang daripada suspek positif ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu serta Seksyen 471 kanun sama atas kesalahan menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas