Connect with us

Oh! Media

Padah Guna Borang Rentas Negeri Palsu, Pasangan Kekasih Ditahan

Trending

Padah Guna Borang Rentas Negeri Palsu, Pasangan Kekasih Ditahan

Sepasang kekasih yang masing-masing berumur 38 dan 41 tahun ditahan kira-kira jam 10 malam semalam kerana menggunakan borang rentas negeri yang dipalsukan selepas mencuba membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Salak Selatan, lapor Harian Metro.

ADVERTISEMENT

Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon selaku Ketua Polis Daerah Cheras berkata, awalnya lelaki berkenaan sudah membeli tiket bas ke Pulau Pinang untuk teman wanitanya yang merupakan seorang warga Vietnam.

Borang rentas negeri yang dibawa oleh pasangan itu kelihatan meragukan menyebabkan kakitangan kaunter tiket bas membawa mereka ke Pondok Polis TBS untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati borang rentas negeri tersebut pernah dikeluarkan namun terdapat beberapa pindaan dibuat terhadap borang itu

Susulan itu, mereka ditahan dan dimasukkan ke lokap ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 22(d) Akta 342, katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, suspek lelaki dibenarkan perintah reman selama sehari mengikut seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) manakala wanita warga Vietnam itu dibenarkan selama empat hari.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas