Connect with us

Oh! Media

Pelajar 14 Tahun Nekad Lapor Pada Polis Selepas 4 Tahun Jadi Mangsa Liwat Guru

Pelajar 17 tahun antara yang ditahan sindiket penipuan lesen kereta

Oh! Tidak

Pelajar 14 Tahun Nekad Lapor Pada Polis Selepas 4 Tahun Jadi Mangsa Liwat Guru

Seorang pelajar lelaki tekad membuat laporan kepada pihak polis selepas empat tahun menjadi mangsa liwat kepada guru agamanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Sengaja Cederakan lsteri, Tikam Guna Pisau

Menurut Awani, perkara itu didedahkan Datuk Muhammad Zaki Harun, Pemangku Ketua Polis Kelantan, dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Susulan itu, suspek yang merupakan seorang guru agama merangkap warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah ditahan bagi membantu siasatan.

Muhammad Zaki turut memaklumkan bahawa mangsa mendakwa mula diliwat dari tahun 2018 ketika usianya bawah 12 tahun dan dipercayai berlaku lebih dari sekali berdasarkan tempoh tersebut.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan dan pihak polis akan memohon perintah reman.

Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan di hospital.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14A Akta Kesalahan Kanak-Kanak.

Kredit: Berita Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas