Oh! Tidak
Pekerja Auntie Anne’s Buat Hal Cium Doh Dipecat Serta Merta
Tular foto di media sosial menunjukkan seorang pekerja Auntie Anne’s mencium doh roti yang popular di premis tersebut.
Tindakan pekerja berkenaan telah mengundang rasa loya orang ramai sekaligus menimbulkan rasa was-was mengenai kebersihan produk yang dijual.

Mengambil maklum isu tersebut, Auntie Anne’s Malaysia telah memecat pekerja itu serta merta. Pihaknya juga telah menutup premis Mid Valley tempat staf tersebut bertugas untuk tujuan pembersihan dan nyahkuman.
Auntie Anne’s menegaskan pihaknya komited dalam memastikan kebersihan dan keselamatan kepada pelanggannya terus terjaga.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Auntie Anne’s Malaysia
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM