Connect with us

Oh! Media

Pekerja Asing Lari Bertempiaran, Panjat Pagar Zink Elak Dicekup

Trending

Pekerja Asing Lari Bertempiaran, Panjat Pagar Zink Elak Dicekup

Jika sebelum ini tular sebuah video memaparkan sekumpulan pekerja kilang dipercayai di Klang, Selangor, yang lari melalui ladang kelapa sawit bagi mengelakkan diri dari dicekup pihak polis, kini terdapat satu lagi kejadian pekerja kilang yang terdiri daripada warga asing cuba melarikan diri dari dicekup pihak berkuasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Op Patuh: 2 Kilang Cetak Diserbu Tak Patuh SOP Kutipan Denda RM27,500

Namun, perbuatan mereka gagal apabila pihak berkuasa berjaya mengepung kawasan berkenaan sekaligus menahan semua pekerja tersebut.

Menurut laporan Kosmo, sekumpulan warga asing yang terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh itu dikatakan sanggup memanjat pagar zink di belakang sebuah kilang percetakan di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, Pusing, Ipoh, selepas kilang tersebut diserbu.

Mengulas berkaitan kejadian itu, Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, premis itu diperiksa dalam serbuan Op Patuh yang dijalankan bermula dari pukul 9.20 pagi hingga 2 petang.

Katanya lagi, pemeriksaan mendapati kilang tersebut disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa memiliki pas yang sah.

Menurut Hapdzan, pekerja asing tersebut yang menyedari kehadiran pihak berkuasa menyebabkan mereka lari bertempiaran sehingga ada yang nekad memanjat pagar zink yang tajam di belakang premis berkenaan.

Kawasan kilang seluas padang bola itu telah dikepung dan kami berjaya menahan mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun.

Selain kilang percetakan itu, pihak kami turut menyerbu dua buah kilang di Lahat Baru dan Pinji Estate serta sebuah restoren di Bandar Sri Pengkalan, Pusing.

Katanya, dalam serbuan ke kawasan tersebut, seramai 74 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas