Oh! Tidak
PDRM Tolak Permohonan Himpunan Solidariti Di Istana Kehakiman Isnin Depan!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menolak permohonan penganjuran himpunan solidariti yang dijadualkan berlangsung Isnin depan di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Menurut laporan Kosmo, permohonan yang diterima pada 31 Disember lepas itu tidak memenuhi keperluan undang-undang kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed.
Pemakluman penolakan permohonan telah disampaikan kepada pihak penganjur pada kelmarin (3 Januari).
456 Anggota dikerah untuk pantau keadaan

Walaupun permohonan telah ditolak, PDRM tetap mengambil langkah proaktif untuk memastikan keselamatan awam terjamin.
Terdapat sebanyak 456 pegawai dan anggota polis akan dikerahkan untuk memantau keadaan di sekitar lokasi tersebut.
Orang awam dinasihatkan tidak menyertai solidariti itu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan berkaitan isu pengampunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.
Katanya lagi, tindakan seperti ini adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak menghormati proses rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
#OhmediaNasihat
Himpunan awam perlu dilakukan secara sah dan mematuhi peraturan undang-undang. Orang ramai disarankan untuk menghormati keputusan pihak berkuasa dan tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan awam. Jika ada rasa tidak puas hati, gunakan saluran rasmi yang betul untuk menyuarakan pandangan.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM