Connect with us

Oh! Media

kemboja

Oh! Tidak

PDRM Terima 7 Laporan Berkaitan Peniaga Kemboja Dakwa Orang Melayu ‘Malas’

Perkara yang mungkin kita anggap hanyalah gurauan samata-mata, tidak bermaksud orang lain juga merasakan seperti itu. Itulah apa yang berlaku ke atas seorang peniaga wanita kelahiran Kemboja yang sebelum ini mendakwa orang Melayu pemalas.

BACA: “Founder” Kelahiran Kemboja Jolok Sarang Tebuan, Cakap Orang Melayu Pemalas

IKLAN

Walaupun sudah membuat permohonan maaf, ramai yang tidak boleh menerima sehinggakan ada yang membuat laporan polis. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol turut mengesahkan pihaknya telah menerima tujuh laporan hanya di Melaka.

Rata-ratanya melaporkan mereka terkesan dengan rakaman yang tersebar di media sosial yang berdurasi selama satu minit tujuh saat.

Hasil siasatan pihak polis setakat ini mendapati wanita itu telah menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.

Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Pihak PDRM pula mengesahkan telah menerima 14 laporan secara keseluruhannya daripada pelbagai pihak.

Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekarang kita biarkan sahaja pihak polis jalankan siasatan dan jangan buat sebarang spekulasi mengenai isu ini.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas