Connect with us

Oh! Media

“Founder” Kelahiran Kemboja Jolok Sarang Tebuan, Cakap Orang Melayu Pemalas

kemboja melayu ohmedia

Oh! Tidak

“Founder” Kelahiran Kemboja Jolok Sarang Tebuan, Cakap Orang Melayu Pemalas

Founder asal Kemoja cari pasal? ‘Melayu pemalas’, pernah dengar ungkapan ini? Ya benar, ungkapan ini pernah dikeluarkan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir. Apapun, ungkapan ini digunakan Tun hanyalah untuk menyedarkan orang Melayu untuk bangkit dari lena dan berjaya seperti bangsa lain di peringkat dunia.

Walau bagaimanapun, jika ungkapan ini digunakan individu lain dengan niat menjatuhan mahupun bergurau, korang memang cari pasal! Itulah yang berlaku kepada seorang usahawan wanita berketurunan Kemboja yang teruk dikecam ketika ini.

Ia gara-gara kenyataan yang mungkin dianggap gurauan olehnya menyatakan orang Melayu pemalas berbanding dengan orang Kemboja yang katanya, pandai berniaga.

IKLAN

Video itu tersebar di aplikasi X di mana Kemboja adalah negara kelahirannya dan Malaysia pula tempat dia dibesarkan.

Iyalah memang saya orang Kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia. So, ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak orang Kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang Melayu malas.

image 32

Selepas teruk dikecam, wanita itu tampil mendakwa ia hanyalah gurauan dan membuat permohonan maaf. Bagaimanapun, cara permohonan maaf yang tidak dapat diterima sesetengah netizen yang dilihat seperti berlagak.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas