Connect with us

Oh! Media

“Patutlah Makanan Selalu Basi” — Founder Kosmetik Bongkar Bibik Didakwa Dera Anak, Mencuri Dan Main Ilmu Hitam

Ohmedia bibik Ayunie

Oh! Tidak

“Patutlah Makanan Selalu Basi” — Founder Kosmetik Bongkar Bibik Didakwa Dera Anak, Mencuri Dan Main Ilmu Hitam

Ayuni berkata duit dan barang kemasnya selalu hilang selama ini dipercayai angkara bibik.

Usahawan kosmetik dari Kelantan, Anes Ayuni membuat pendedahan mengejutkan mengenai pembantu rumahnya.

Dakwa Ayuni, bibik bukan sekadar curi barang atau ambil duit, tetapi didakwa turut melibatkan penderaan anak dan amalan ilmu hitam.

Ayuni dakwa anak didera dan barang kemas hilang

@ayunieso24

Kesal betul aku dengan bibik 😭😭😭😭

♬ Criminals – F.O.O.L

Rupanya selama ni kau dera Maryam, kau curi barang kemas aku, kau ambil duit, kau main ilmu hitam!!! Malam ni Allah tunjuk.

Dalam hantaran di TikTok itu, Ayuni turut menunjukkan kereta polis yang dipercayai hadir ke lokasi kejadian.

IKLAN

Ayuni juga meluahkan rasa kesal kerana terlalu lama memendam rasa sebelum kebenaran akhirnya terbukti satu demi satu.

Netizen mula mengaitkan pendedahan ini dengan keluhan Ayunie sebelum ini seperti pesanan makanan yang tiba-tiba sampai, makanan basi, serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku di rumahnya.

Rawatan ruqyah didakwa bongkar perbuatan jahat

Ayuni

Dalam video susulan, Ayuni mendakwa setiap kali dia menjalani rawatan islam, perkara aneh pasti berlaku.

Waktu setan bibik kena tangkap, setiap kali berubat mesti jadi benda sama.

Menurutnya, banyak perkara lain sebenarnya disimpan selama ini dan baru terbongkar selepas satu minggu menjalani rawatan secara serius.

Banyak part lagi yuni simpan, seminggu Yuni berubat sungguh-sungguh baru lah dapat buat dia mengaku segala amalan jahat dia.

Netizen turut mempersoalkan sikap pembantu rumah itu yang kelihatan tenang dalam video, seolah-olah tidak berasa bersalah walaupun dakwaan berat sedang dibuat.

Ayunie
Bibik Grab
Ayunie

Pendedahan itu menimbulkan lebih banyak tanda tanya kerana ia melibatkan keselamatan keluarga dan unsur mistik.

Pssttt! Isu seperti ini memang merisaukan, terutama apabila ia melibatkan anak kecil dan keselamatan keluarga. Apa pun, dakwaan sebegini wajar disiasat secara profesional oleh pihak berkuasa dan pakar bertauliah agar semua pihak mendapat keadilan sewajarnya. Semoga Ayunie dan keluarganya diberi perlindungan serta ketenangan selepas melalui pengalaman menakutkan ini.

Kredit: TikTok @ayunieso24
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas