Connect with us

Oh! Media

Pasangan Suami Isteri Kena Tangkap Basah, Didakwa Kena ‘Pedajal’ Dengan Makcik Kedai Makan

untitled design   2

Oh! Tidak

Pasangan Suami Isteri Kena Tangkap Basah, Didakwa Kena ‘Pedajal’ Dengan Makcik Kedai Makan

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan sepasang suami isteri kena tangkap basah di sebuah hotel murah. Dah kahwin pun kena ke?

Menurut video yang dimuat naik di Tiktok, pasangan suami isteri itu mendakwa mereka telah diserbu pihak dari pejabat agama kerana didakwa bersekedudukan apabila menginap di hotel berkenaan.

Pasangan itu juga tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa ada seorang wanita yang merupakan pemilik sebuah restoran tidak puas hati dengan mereka menerusi satu video lain.

IKLAN

Tadi kami ke kedai makan dan mengambil masa selama sejam untuk dapatkan makanan. Selepas sejam tetapi kami masih tak dapat makan, jadi kami beredar pergi ke kedai mamak.

Mak cik (pemilik restoran) tak puas hati dan dia datang cari kami di kedai mamak. Dia ambil gambar dan berkata ‘terima kasihlah buat makcik macam ini’.

Bukan tu jer, mereka juga syak ada seorang lelaki dan seorang perempuan ikut mereka hingga ke hotel sebelum buat aduan kepada pejabat agama. 

Mak cik itu tak puas hati, dia hantar suami dia suruh ‘spy’ kami sampai ke hotel.

Lelaki tersebut terangkan mengenai status perkahwinannya sebelum menunjukkan bukti kad pernikahan pada pihak pejabat agama yang menjalankan tugas.

Difahamkan yang pasangan itu menginap di hotel berkenaan sementara nak tunggu ‘flight’ ke Paris untuk berbulan madu awal pagi esoknya.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas