Connect with us

Oh! Media

pengantin iraq

Oh! Tidak

Pasangan Pengantin Iraq Akui Alami Trauma Dahsyat Selepas Kejadian 113 Maut Kebakaran

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu kejadian menyayat hati selepas 113 maut dalam satu kebakaran besar ketika majlis perkahwinan berlangsung di Iraq.

Melihat daripada video yang tersebar, pasangan pengantin ketika itu sedang menari di tengah-tengah tetamu sebelum bunga api yang dipasang menyambar bahagian atas siling dewan.

IKLAN

Pasangan pengantin itu adalah Revan dan isterinya, Haneen berjaya menyelamatkan diri tetapi akui mengalami trauma yang amat dahsyat.

Memetik laporan Newsky, ketika kejadian mereka sempat melarikan diri melalui pintu dapur dewan dan sekarang mereka tidak lagi mampu untuk tinggal di situ.

Kami tidak boleh tinggal di sini lagi. Maksud saya, setiap kali kita cuba untuk mendapatkan kebahagiaan, sesuatu yang tragis berlaku dan memusnahkan kebahagiaan itu. Jadi lebih baik kami pergi.

Kami memang ada di hadapan anda, tapi sebenarnya jiwa kami sudah mati.

Untuk pengetahuan korang, majlis perkahwinan gilang-gemilang yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai diuji dengan satu kejadian kebakaran sehingga menyebabkan 113 orang meninggal dunia manakala 150 yang lain cedera.

Revan pada hari itu kehilangan 15 ahli keluarga manakala isterinya pula kehilangan 10 ahli keluarga termasuklah ibu dan abangnya. Bapa Haneen kini berada dalam keadaan kritikal.

Kredit: Newsky

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas