Connect with us

Oh! Media

Pasangan Kekasih Jual Kek Dan Biskut Yang Mengandungi Dadah?

Kek biskut

Trending

Pasangan Kekasih Jual Kek Dan Biskut Yang Mengandungi Dadah?

Sepasang kekasih didapati memproses dadah kanabis dan kemudiannya dijadikan kek dan biskut kantoi selepas pihak polis membuat dua kali serbuan berasingan. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak berkemungkinan menjadi mangsa jika terbeli kek dan biskut yang mengandungi kanabis ini dan perkara ini amatlah membimbangkan.

Terdapat maklumat yang mengatakan sindiket dadah ini sangat aktif di kawasan Lembah Klang. Disebabkan itu, pihak polis melancarkan dua serbuan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif.

Serbuan pertama yang dijalankan, polis berjaya menahan Honda City warna kelabu di hadapan lobi sebuah residensi di Jalan Pudu, di sini dan menahan lelaki berusia 34 tahun.

Dua kotak dan satu beg kertas yang mengandungi 25 balang biskut yang mengandungi kanabis seberat 7.375kg bersama 53 biji kek mengandungi dadah tersebut seberat 5.32 kg turut dirampas.

Kanabis

Beberapa maklumat diperoleh dari hasil siasatan kemudian, polis menyerbu sebuah residensi di PJ Midtown, Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, Selangor. 

Hasil serbuan, polis berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai kekasih kepada lelaki tersebut dan merampas 131 balang biskut berasaskan kanabis seberat 35.9 kg, 41 kek seberat 4.305 kg, lapan ketulan mampat kanabis, empat periuk berisi cecair kanabis, dua ketuhar elektrik, mesin pengadun dan peralatan membuat kek serta biskut.

Siasatan awal polis mendapati pasangan kekasih menjadikan kediaman mereka yang disewa lapan bulan lalu dengan bayaran RM3,000 sebulan sebagai tempat memproses kek dan biskut berasaskan kanabis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. Apapun, korang perlu berjaga-jaga membeli barangan apa sekalipun, tambah lagi daripada orang yang kita tidak kenal.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas