Connect with us

Oh! Media

Pakar Patologi Tak Percaya Mesin Basuh Boleh Tampung Berat Zara Qairina

Ohmedia pakar pantologi zara qairina

Oh! Tidak

Pakar Patologi Tak Percaya Mesin Basuh Boleh Tampung Berat Zara Qairina

Pakar patologi HQE dedah mesin basuh mustahil berfungsi dengan berat 53kg ketika inkues Zara Qairina.

Misteri kematian arwah Zara Qairina terus jadi perhatian bila prosiding inkues masuk hari kedua. Kali ni, tumpuan tertumpu pada kenyataan seorang pakar patologi yang dipanggil beri keterangan. Ramai tertanya-tanya, betul ke ada kaitan dengan mesin basuh seperti yang diperkatakan?

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak percaya mesin basuh boleh dihidupkan jika seseorang dengan berat 53 kilogram dimasukkan ke dalamnya.

Kenyataan ini dibuat ketika beliau disoal oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad selaku Pegawai Pengendali inkues mengenai kemungkinan arwah dimasukkan ke dalam mesin basuh.

IKLAN

Mesin basuh ada di lokasi kejadian Zara Qairina…

Zara Qairina

Dr Jessie turut mengesahkan beliau ada nampak mesin basuh ketika membuat pemeriksaan di asrama arwah Zara Qairina. Katanya, mesin itu terletak di tingkat bawah, berdepan dengan tangga dan jumlahnya lebih dari satu unit.

Namun, beliau mengakui tidak memeriksa dengan lebih dekat saiz tong mesin basuh tersebut. Tambahnya, mesin yang ada hanyalah jenis domestik, bukannya industri.

Zara Qairina Kubur

Saya tidak memeriksa saiz tong, tapi saya diberitahu berat arwah ialah 53 kilogram. Saya tidak tahu berat 53 kilogram boleh muat dalam mesin basuh itu. Tapi, saya tidak percaya ia boleh dihidupkan dengan berat 53 kilogram.- Katanya.

Kenyataan itu diberikan dalam prosiding hari kedua inkues kematian Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Pssttt! Korang, kes macam ni memang buat kita tertanya-tanya dan rasa berat hati nak dengar. Bila ada kematian yang mencurigakan, penting untuk biarkan pihak berkuasa jalankan siasatan dengan teliti supaya kebenaran dapat terbukti. Jangan mudah buat andaian sendiri, sebab setiap fakta dalam kes macam ni sangat penting untuk keadilan arwah dan keluarga.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas