Connect with us

Oh! Media

Padah ‘Live’ Di TikTok Masa Serbuan, Pegawai Polis Wanita Ini Disiasat

Trending

Padah ‘Live’ Di TikTok Masa Serbuan, Pegawai Polis Wanita Ini Disiasat

Tindakan seorang pegawai polis wanita yang dipercayai melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok ketika bertugas mengundang rasa kurang senang netizen.

ADVERTISEMENT

BACA: Pegawai Polis Wanita Dikecam Buat ‘Live’ Masa Serbuan, Siap Perkenalkan Anggota Lain

Rata-rata mengecam tindakan pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu yang sempat ber’tiktok’ semasa serbuan di sebuah pusat hiburan. Biar betul?

Terbaru, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain mengarahkan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) melakukan siasatan berhubung kejadian tular itu.

Dalam masa yang sama, pihaknya turut meneliti bila dan di mana siaran langsung itu dilakukan.

Jelasnya lagi, pihaknya ingin mengetahui apakah tujuan dan motif siaran langsung di TikTok dibuat. Malah, JIPS akan mengeluarkan arahan mengenai penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Saya sudah arahkan JIPS untuk ambil tindakan terhadap pegawai terbabit termasuk memanggilnya bagi mendapatkan kenyataan berhubung tindakannya membuat siaran secara langsung semasa operasi itu.

JIPS tidak akan berkompromi dalam perkara sebegini dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya benar pegawai terbabit mempunyai motif merakam video berkenaan semata-mata nak kumpul pengikut di TikTok.

Hmm, rasanya memang ada larangan tak boleh main sosial media ketika berpakaian seragam kan? Apa-apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas