Connect with us

Oh! Media

OctaFX Dipromosi Fizo Omar Dan Wak Doyok Kini Dalam Senarai Amaran Bank Negara Malaysia

Trending

OctaFX Dipromosi Fizo Omar Dan Wak Doyok Kini Dalam Senarai Amaran Bank Negara Malaysia

Kalau korang selalu tengok YouTube dan juga Instagram, mesti korang akan ternampak satu iklan pelan pelaburan OctaFX yang dipromosikan Fizo Omar dan juga Wak Doyok.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bertakwalah Kepada Allah” – Giat Promosikan Forex, Wak Doyok Dan Fizo Omar Diminta Bertaubat

Meskipun platfrom pelaburan ini kerap dipromosikan namun, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status sebenar platform OctaFx sekitar minggu yang lalu.

Menerusi satu ciapan dibuat BFM News melalui Twitter, BNM memaklumkan OctaFX kini tersenarai dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan dan mengesahkan bahawa syarikat berkenaan tidak diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Bank telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Senarai ini terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Syarikat berikut ditambahkan ke dalam senarai adalah OctaFX.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum ini turut memasukkan OctaFX dalam senarai Amaran Pelabur dengan alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

Sebelum ini juga, penglibatan Wak Doyok dan Fizo Omar mendapat kecaman teruk kerana mempromosikan pelan pelaburan yang dikatakan tidak patuh syariah.

Kredit: Twitter BFM News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Medi

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas