Connect with us

Oh! Media

“Bertakwalah Kepada Allah” – Giat Promosikan Forex, Wak Doyok Dan Fizo Omar Diminta Bertaubat

Trending

“Bertakwalah Kepada Allah” – Giat Promosikan Forex, Wak Doyok Dan Fizo Omar Diminta Bertaubat

Sebut sahaja mengenai pelaburan mata wang asing ataupun, forex trading, pasti ramai mengetahui mengenai hukumnya yang haram kerana sumber wang yang diperolehi itu mempunyai unsur riba.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ingat Balasan, Ingat Azab” – PU Amin Tegur Usahawan Tepuk Punggung

Wak Doyok dan Fizo menjadi duta OctaFX

Kalau korang layari platform YouTube, mesti korang akan lihat iklan OctaFX yang menampilkan dua selebriti, Wak Doyok dan Fizo Omar sebagai model dan duta bagi iklan tersebut.

Tindakan Wak Doyok dan Fizo Omar yang terlibat dalam mempromosikan forex trading itu menjadi buah mulut dalam kalangan netizen yang dilihat seperti terdesak sehingga sanggup menerima tawaran sedemikian.

Wang diperoleh adalah haram

Terbaru, seorang pengguna Twitter bernama Furqan Abdullah membuat satu ciapan yang menegur tindakan dua orang selebriti itu yang terlibat dalam mempromosikan platform trading berkenaan.

Menerusi ciapan yang ditulisnya, Furqan menyatakan sumber wang yang diperoleh melalui promosi forex trading itu adalah sumber yang haram.

Tambahan pula apabila wang yang diterima itu akan digunakan untuk menyara kehidupan anak, isteri serta keluarga.

RM2 juta setahun

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran yang dibuat Furqan ke atas Wak Doyok dan Fizo. Bahkan, ada juga yang menyatakan bahawa dua orang selebriti itu akan menerima RM2 juta setahun dengan menjadi duta program forex trading berkenaan.

Setakat ini, tiada respon dibuat Wak Doyok dan Fizo Omar mengenai isu ini. Sama-sama kita nantikan.

Kredit: Twitter furqanyarmouk

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas