Connect with us

Oh! Media

Netizen Puas Hati Tengok Individu Tengking Ah Long Terjah Rumah Orang Minta Hutang

ahlong

Trending

Netizen Puas Hati Tengok Individu Tengking Ah Long Terjah Rumah Orang Minta Hutang

2 hari lepas tersebar video menunjukkan seorang lelaki menengking tiga individu di tempat parking sebuah apartmen di Instagram. Rakaman itu dimuat naik sendiri oleh tuan empunya badan, Mustafa Khan di akaun TikTok dan Instagram sebelum ia tersebar di Facebook.

ADVERTISEMENT

Dalam video tu, Mustafa sedang memarahi tiga pemuda yang didakwa merupakan orang suruhan ah long untuk kutip hutang.

Tak suka dengan cara ah long kutip hutang

Katanya, dia tidak suka cara mereka meminta wang daripada si peminjam pada waktu malam ketika mereka berada di rumah dan sedang meluangkan masa bersama keluarga. Apatah lagi, cara mereka ini yang selamba melanggar undang-undang dan terus menyerbu rumah tanpa kebenaran atau laporan.

Siapa bagi you pergi dia punya rumah? Siapa bagi you kebenaran? Sebelum you mari dia punya rumah, you ada buat report polis tak? You ada otak ke tak ada otak?”

Netizen terpukau lihat keberanian

Ramai warganet terpukau dan kagum dengan keberanian Mustafa memarahi orang suruhan ah long itu sehingga mereka bertiga terdiam kaku.

Sesetengah netizen berkata semua pemuda itu nampak ‘skema’ dan langsung tidak seperti ah long atau gangster dalam filem.

Power bro, dorang ingat dorang ahlong dorang besar.- Netizen.

Mustafa juga sempat bagitahu mereka bagaimana cara yang benar untuk mengutip hutang kepada si peminjam, bukan dengan menerjah mereka di rumah begitu.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas