Connect with us

Oh! Media

Netizen Mahu Keadilan Kes Penderaan Kanak-kanak OKU, Bella

kes penderaan bella

Trending

Netizen Mahu Keadilan Kes Penderaan Kanak-kanak OKU, Bella

Kecoh di media sosial Twitter mengenai isu penderaan kanak-kanak perempuan kurang upaya (OKU) down syndrome berumur 13 tahun yang bernama Bella.

ADVERTISEMENT

Bella, yang diselamatkan oleh pihak polis dalam keadaan melecur dan bernanah di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Saiful Annuar Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan pada 24 Jun lalu mengenai kes tersebut dan mangsa segera diselamatkan selain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

“Mangsa mengalami kecederaan luka berjangkit di lengan dan kesan luka lama di seluruh tubuh badan. Siasatan mendapati unit kondominium tempat mangsa dijumpai juga didiami enam orang kanak-kanak dan dua daripada mereka merupakan OKU down syndrome,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, mangsa difahamkan berada di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ketika kecederaan melecur itu berlaku.

Tular juga sebuah hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Mona Din yang menceritakan kes ini di ruangan Facebooknya.

Menurut Mona, setelah mencurigai keadaan penghuni kondominium tersebut yang dipercayai positif Covid-19, beliau bergegas ke kediaman tersebut bagi mendapatkan penjelasan.

“Keluar sahaja Bella dari bilik stor, mukanya lemah, lengannya melecur bernanah. Kecurigaannya selama ini ternyata benar. Penjaga Bella selama ini pandai menyembunyikan keadaan Bella supaya tidak diketahui orang luar.

“Saya terus buat laporan polis. Rupanya Bella setiap pagi perlu berdiri di tepi dinding dan tidak diberi makan. Kalau dia duduk, budak-budak lain akan pukul. Rupanya lima budak lain juga turut memukulnya,” katanya.

Pada masa yang sama, isu penderaan Bella ini mendapat perhatian menyeluruh daripada netizen yang mahu keadilan dan sehingga menjadi tular di ruangan Twitter dengan tanda pagar #JusticeForBella.

Kebanyakkan netizen menyatakan rasa geram dengan tindakan seseorang individu tergamak mendera kanak-kanak OKU yang tidak tahu apa-apa.

Mereka berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan pihak yang bertanggungjawab dapat balasan yang setimpal.

Kredit : UtusanMalaysia

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas