Connect with us

Oh! Media

Netizen Dakwa Ryan Bakery Makin Sombong Dan Besar Kepala, Ini Responnya

Ryan Bakery

Trending

Netizen Dakwa Ryan Bakery Makin Sombong Dan Besar Kepala, Ini Responnya

Nama selebriti TikTok, Ryan Bakery mula mendapat tumpuan semenjak video-videonya menjadi titipan netizen di media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA : “Terima Kasih Semua” – Ryan Bakery Syukur Akhirnya Akaun Dapat ‘Blue Check’

Malah, disebabkan popularitinya itu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery,27, kini meluaskan sayap apabila tampil sebagai tetamu jemputan dalam sitkom terkenal Sepahtu Reunion dan juga duta produk minuman Bubblebee milik Shuib Sepahtu.

Ryan juga difahamkan akan muncul di layar lakonan apabila dia bakal muncul dalam filem Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi tidak lama sahaja lagi.

Namun, dalam meniti popularitinya itu, Ryan didakwa mula sombong dan besar kepala oleh sesetengah orang.

Kata Ryan, dia berasa tersinggung dengan tuduhan tidak berasa itu namun menganggap bahawa ia adalah lumrah memandangkan dia kini sudah terlibat dalam dunia seni.

Jelasnya lagi, waktu glamor yang dikecapinya kini tidak akan mengubah personalitinya sebagai seorang yang gemar berjenaka.

Sekiranya ada yang ingin tahu boleh sahaja datang menegur saya. Saya ini orangnya ‘masuk air’ dan ‘gila-gila’.

Tiada sebab saya hendak bersikap sombong kerana pengikut media sosial yang banyak memberi sokongan kepada saya. Tanpa mereka, saya bukan siapa-siapa.

Perkembangan lain, Ryan berkata bahawa dia ingin fokus kepada tawaran filem kerana tempoh penggambaran yang tidak terlalu panjang dan masih lagi fokus kepada ‘content’ media sosial.

Sekadar info, nama Ryan menjadi bualan netizen apabila dia sering memuat naik siri video nostalgia zaman kanak-kanak di TikTok yang mempunyai jutaan pengikut.

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas