Connect with us

Oh! Media

“Nampak Macam Islam Benarkan Buat Kezaliman.” – PU Syed ‘Komen’ Isu Pencuri Tabung Masjid Dimandikan Seperti Jenazah

pu syed

Trending

“Nampak Macam Islam Benarkan Buat Kezaliman.” – PU Syed ‘Komen’ Isu Pencuri Tabung Masjid Dimandikan Seperti Jenazah

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang lelaki yang disyaki mencuri tabung masjid dimandikan di tempat mandi jenazah. Perbuatan tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi masyarakat termasuk Pencetus Ummah PU Syed.

ADVERTISEMENT

BACA: Trend ‘Unboxing Pengantin’ Makin Menjadi-Jadi, PU Syed Beri Teguran Pedas

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki tersebut telah menutup mukanya dengan tangan dan dibaringkan sambil disiram air oleh seseorang yang dipercayai sebagai imam dan badannya dilumur dengan kapur barus.

Kemarahan tersebut nampak macam Islam benarkan kezaliman

PU Syed memberi pendapatnya bahawa tindakan yang dilakukan oleh ahli-ahli masjid itu seolah-olah nampak seperti agama Islam membenarkan berbuat zalim kepada umatnya walaupun sebenarnya tindakan itu untuk menyedarkan si pencuri.

Menurutnya, tidak perlu untuk kita viralkan video seperti itu kerana takut jika ada yang salah faham terhadap tindakan tersebut.

Melalui video yang tular itu, memang nampak kesian dekat lelaki itu kerana dilayan seperti pencuri yang mencuri ‘jutaan’ ringgit.

Islam itu indah dan mereka seharusnya menghukum lelaki tersebut mengikut hukuman yang sepatutnya dan bukannya menggunakan kekerasan seperti itu. Mungkin lelaki itu benar-benar memerlukan duit, apa salahnya kalau bincang secara baik dan dengar masalah lelaki tersebut terlebih dahulu? Bukan menyeksanya dan diperlakukan seperti itu.

Di laman Instagram PU Syed, ramai yang menyokong pendapat PU Syed untuk tak perlu pun sebenarnya viralkan video tersebut.

Rata-rata kesian dengan lelaki tersebut yang dilayan dengan keganasan oleh pihak masjid.

pu syed
pu syed

Menurut para netizen, seharusnya ahli-ahli masjid yang lain perlu menunjukkan contoh yang baik dan bukannya beri hukuman yang memalukan. Cara yang dilakukan oleh imam itu tidak menunjukkan langsung cara islam yang sebenarnya lembut dan mudah.

Semoga isu seperti ini tidak akan berlaku lagi selepas ini. Sedih kalau agama lain pandang serong terhadap agama Islam apabila isu seperti ini berlaku. Kita seharusnya menunjukkan contoh yang baik untuk semua orang dan bukannya menunjukkan keganansan dalam menghukum. Semoga semua yang membaca mengambil iktibar dan janganlah viral kan benda yang tidak sepatutnya. Takut disalah erti oleh pihak lain.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas