Connect with us

Oh! Media

Najis Tikus Dijumpai Di Kedai Roti, JKNPP Arah Penutupan Kedai!

najis tikus

Trending

Najis Tikus Dijumpai Di Kedai Roti, JKNPP Arah Penutupan Kedai!

Kejadian di kilang roti di Jalan Kedah, Georgetown, Pulau Pinang, najis tikus telah dijumpai di atas bungkusan roti dan sisa minyak yang sudah tepu menitik ke atas roti yang baru sahaja dimasak.

ADVERTISEMENT

BACA: Menjijikkan! Kilang Kicap ‘Dipenuhi’ Najis Haiwan, Diarah Tutup Dua Minggu

Menerusi laporan Utusan, selain peralatan untuk membuat roti berkerak, pemilik kedai yang tidak pernah memohon sijil halal ini telah meletakkan roti yang sudah siap dibakar ke dalam kotak-kotak yang mempunyai logo halal.

Beroperasi sejak 50 tahun lalu

najis tikus

Kilang roti yang telah beroperasi sejak 50 tahun itu diarahkan tutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kerana tidak mencapai standard keselamatan dan tidak menjaga kualiti makanan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd. Wazir Khalid mengatakan premis itu boleh menyebabkan pencemaran dan keracunan makanan kerana tidak mencapai piawaian di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan.

Kilang roti ini pernah diberikan amaran tahun lalu kerana operasi mereka tidak menepati standard kebersihan yang ditetapkan. 

Kali ini, menerusi serbuan yang dijalankan, kita dapati ada sisa najis tikus di atas plastik bungkusan roti serta terdapat sisa minyak tepu di atas rak pembakar roti. 

Malah, pemilik turut menggunakan logo halal yang mengelirukan dan mengedarkan roti ini di seluruh negeri ini.

Semua plastik bungkusan roti yang telah dicemari najis tikus telah disuruh buang oleh Mohd Wazir kerana ia mampu memudaratkan kesihatan pelanggan.

Semoga kedai-kedai yang tidak menjaga kebersihan dan kesihatan ini diberikan hukuman yang setimpal kerana perbuatan itu mampu membuat para pelanggan jatuh sakit akibat dari kekotoran dan keracunan makanan. Loya tekak bila tengok gambar najis tikus ni dekat makanan. Lepasni check dulu okay kebersihan sesebuah premis tu sebelum membuat pembelian!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas