Connect with us

Oh! Media

Murid Pengsan Di Sekolah, Bapa Kantoi Jadikan Anak Kandung Pemuas Nafsu

rogol

Trending

Murid Pengsan Di Sekolah, Bapa Kantoi Jadikan Anak Kandung Pemuas Nafsu

Bapa kantoi rogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lepas dan perbuatan terkutuknya itu terbongkar selepas anaknya pengsan di sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA : Terdapat Kekhilafan, Mahkamah Tarik Balik Perintah Long Tiger Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Menurut laporan Harian Metro, sejak remaja perempuan itu berusia 11 tahun lagi dia telah menjadi nafsu serakah bapanya dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Kejadian terbaharu pada 2 pagi semalam yang mana suspek yang berusia 39 tahun memasuki bilik mangsa dan merogolnya.

Laporan polis telah dibuat guru yang mengajar mangsa di sekolah pada pagi semalam dan pihak polis terus membuat tangkapan terhadap suspek di tempat kerjanya perkarangan Hospital Tanah Merah.

Mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati kesan koyakan lama. Ujian saringan yang dibuat mendapati negatif dan suspek juga tiada rekod lampau.

Suspek telah direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK).

Mangsa duduk bersama bapa kandung, ibu tiri dan empat saudara lain dan suspek juga mengaku telah merogol anak kandungnya sebanyak 3 kali sejak 4 tahun lepas.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas