Connect with us

Oh! Media

Terdapat Kekhilafan, Mahkamah Tarik Balik Perintah Long Tiger Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Oh! Tidak

Terdapat Kekhilafan, Mahkamah Tarik Balik Perintah Long Tiger Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Long Tiger menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan telah diberikan perintah dilepas tanpa dibebaskan.

ADVERTISEMENT

BACA : Long Tiger Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Bagi Kes Pemerasan

Menurut laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi Muar telah membatalkan perintah tersebut dan keputusan itu telah dibacakan Hakim Datuk Abu Bakar Katar.

Keputusan itu dibuat seletah mendapati terdapat kekhilafan sebelum ini dan dibuat sewaktu kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada 23 Mac lalu.

Perbicaraan juga akan diteruskan di Mahkamah Majistret Tangkak pada 5 Jun nanti dan mengarahkan Long Tiger hadir untuk penetapan tarikh sambung bicara. Bukan tu jer, Long Tiger juga tidak dibenarkan ikat jamin. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas