Connect with us

Oh! Media

Minta Rasuah Untuk ‘Tutup Mulut’ Kes Kematian, Pengurus Syarikat Ditahan

minta rasuah

Trending

Minta Rasuah Untuk ‘Tutup Mulut’ Kes Kematian, Pengurus Syarikat Ditahan

Pengurus syarikat kawalan keselamatan telah ditahan reman oleh Mahkamah Majistret selama lima hari untuk membantu kes siasatan minta rasuah sebanyak RM800,000 bagi menutup mulut kes kematian pekerja asing akibat dari Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Taufiq Hidayat Dedah Pernah Ditawar Rasuah Untuk Kalah Dengan Lee Chong Wei?

Menerusi laporan Utusan, suspek dipercayai telah melakukan perbuatan ini sejak dari Julai sehingga September tahun ini.

Minta wang tambahan RM120,000 dari pemilik syarikat

minta rasuah
Pengurus syarikat ditahan (Foto: Utusan)

Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali telah mengeluarkan tahanan reman selepas membenarkan permohonan Suruhnajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek bekerja sebagai pengurus syarikat kawalan keselamatan dan menjaga kilang tersebut bermula pada tahun 2010. Lelaki yang berumur 50 tahun ini telah ditahan di salah satu lokasi di kuala Lumpur semalam sebelum ditahan reman hari ini.

Suspek disyaki meminta rasuah berjumlah RM800,000 secara tunai dan online bagi menutup mulut kerana pekerja asing di kilang tersebut mati akibat Covid-19.

Suspek juga dipercayai meminta wang tambahan RM120,000 daripada pemilik syarikat kononnya untuk diberikan kepada pihak berkuasa supaya tidak mengambil tindakan menggaji pekerja tanpa permit.

Semoga semua kes rasuah di negara ini dapat dikenakan tindakan yang sepatutnya dan tiada lagi individu yang berani minta rasuah. Semoga suatu hari, negara kita bakal bebas dari rasuah..

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas