Connect with us

Oh! Media

Taufiq Hidayat Dedah Pernah Ditawar Rasuah Untuk Kalah Dengan Lee Chong Wei?

Lee Chong Wei

Trending

Taufiq Hidayat Dedah Pernah Ditawar Rasuah Untuk Kalah Dengan Lee Chong Wei?

Nama yang tidak asing lagi dalam sukan badminton daripada negara Indonesia, Taufiq Hidayat baru-baru ini membuat pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan sejumlah wang oleh seorang pegawai pasukan Malaysia. Apa kes pula ni?

ADVERTISEMENT

Menurut Taufiq, ianya berlaku pada Sukan Asia Doha 2006 dimana pegawai tersebut memintanya untuk kalah dalam pertandibgan separuh akhir ketika menentang Lee Chong Wei. Biar betul?

Menerusi satu video yang dimuatnaik TV Trans, Taufiq mendedahkan yang dia ditawarkan wang berjumlah 400 juta rupiah bersamaan sekitar RM117,000. Sebelum itu, pengurus tersebut juga ada bertanya berapa banyak bonus yang Taufiq dapat jika dia menang dan mahu menggandakan jumlah tersebut.

Saya begitu emosional sehingga saya berkata ‘jika anda berada di Indonesia, anda tidak dapat pulang’, dia berani meminta saya menjual nama Indonesia, sama seperti menjual negara itu.

Pendedahan ini sekaligus membuat Datuk Lee Chong Wei terkejut dan terus menghubungi Taufiq. Walaubagaimanpun, Chong Wei berasa bersyukur bahawa Taufiq lebih mengutamakan maruah negara berbanding wang ringgit. 

Kredit: MalaysiaKini | TV Trans

+ Baca respon pembaca di Facebook dah Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas