Connect with us

Oh! Media

“Minta Maaf Sangat” – Isteri Abang Viva Menangis Tak Dapat Tolong Mak Cik Kibar Baju Putih

Oh! Tidak

“Minta Maaf Sangat” – Isteri Abang Viva Menangis Tak Dapat Tolong Mak Cik Kibar Baju Putih

Isteri kepada sukarelawan Abang Viva iaitu Evanoza Zakaria antara individu yang turun padang membantu mangsa-mangsa terjejas banjir di Terengganu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siapa Ada Jetski Saya Pinjam Dulu” – Abang Viva Sanggup Gadai Handphone Demi Bantu Mangsa Banjir Terengganu

Kongsinya, keadaan air yang sangat deras membuatkan lebih 40 keluarga terperangkap di rumah masing-masing. Sampai ada pasangan warga emas kibarkan baju putih untuk minta bantuan penyelamat.

@mhdsa1ful_ Humm😔semoga dipermudah#banjirterengganu2022 ♬ Ya Badrotim – IFTAH QULUBANA

Terbaru, isteri Abang Viva menjenguk pasangan warga emas itu selepas air banjir mula surut. Tak dapat tahan sebak isteri Abang Viva meminta maaf sebab tak dapat redah arus selamatkan mereka.

Dalam nada sebak, mak cik itu memberitahu terpaksa kibar bendera putih meminta tolong kerana bimbang rumah akan hanyut disebabkan arus yang sangat deras.

Di ruangan komen, anak kepada pasangan warga emas tersebut berterima kasih kerana membantu orang tuanya yang hanya tinggal berdua di rumah.

Allah terkilan tak dapat tolong masa air deras. Cuma perhati dari jauh 4jam depan mata hari tu. Nak tinggalkan untuk solat maghrib nangis jugak la… Maaf sangat tau… Moga mak dan ayah sis sentiasa dalam lindungan Allah swt. – jawab Evanoza Zakaria.

Alhamdulilah Allah SWT permudahkan urusan pasangan warga emas ni apabila air banjir mulai surut semalam.

Kredit: Facebook Evanoza D Sini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas