Connect with us

Oh! Media

“Siapa Ada Jetski Saya Pinjam Dulu” – Abang Viva Sanggup Gadai Handphone Demi Bantu Mangsa Banjir Terengganu

Cover Photo Om 1200 X 675 51

Trending

“Siapa Ada Jetski Saya Pinjam Dulu” – Abang Viva Sanggup Gadai Handphone Demi Bantu Mangsa Banjir Terengganu

Sukarelawan terkenal, Abang Viva terpaksa menjelaskan situasi dirinya selepas namanya asyik ‘dipetik’ supaya turun membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Menurut Abang Viva, dia hanyalah sukarelawan dan menggunakan duit sendiri untuk bantu mangsa terlibat. Bukannya ada sebarang elaun kerajaan pun.

Tapi bila dah beri penjelasan, netizen tak boleh terima dan melabel Abang Viva mengungkit pulak. Aduhai.

IKLAN

BACA: Luah Modal Bantu Mangsa Banjir Pakai Duit Sendiri, Netizen Tuduh Abang Viva Mula Mengungkit

Terbaru, pemilik nama sebenar Azwan Omar ini meluahkan rasa terkilan kerana tak dapat membantu mangsa banjir terperangkap di kawasan Jertih Terengganu kerana arus air yang sangat deras.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan sukarelawan termasuk pihak bomba tetapi mereka menemui jalan buntu.

Air terlalu deras

Isterinya, Evanoza memaklumkan ada 40 keluarga yang meminta bantuan di kawasan itu tapi mereka tak dapat masuk walaupun untuk menghantar makanan.

Sanggup serah telefon nak pinjam jetski

@mamanianadeera @abangvivaofficial #banjir #terengganu #semogaAllahpermudahkan #doakanpantaitimur #ujian ♬ original sound – Ezzylla Diraf

Kata Abang Viva, dia akan berusaha mencari bot dengan kapasiti enjin yang besar untuk mengeluarkan mangsa terperangkap. Abang Viva juga ada meminta bantuan untuk pinjam dulu jetski jika ada.

Kitorang dah turun bot tak lepas, 4×4 tak lepas, lori tanah tak lepas, dah macam macam cara buat tak lepas masuk.

Siapa ada jetski saya pinjam dulu. Duit saya tak ada tapi saya boleh bagi handset saya dekat abang. Abang pergilah jual. Saya nak pinjam dulu. Serius cakap.

Jelasnya lagi, dia sanggup ke lokasi untuk ambil jetski itu. Tapi kalau untuk sewa, dia secara jujur beritahu tak ada duit, hanya mampu serah telefon untuk dijual.

Allahu, semoga dipermudahkan urusan rakyat Terengganu. Semoga semuanya selamat.

Kredit: Facebook Evanoza d sini | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas