Connect with us

Oh! Media

“Meremang Pula Dengar” – Tular Video Budak 6 Tahun Dakwa Ada ‘Tok Wan’ Hitam Berbulu Bawa Kereta?

budak 6 tahun pandu kereta

Oh! Tidak

“Meremang Pula Dengar” – Tular Video Budak 6 Tahun Dakwa Ada ‘Tok Wan’ Hitam Berbulu Bawa Kereta?

Semalam, rakyat Malaysia digemparkan dengan kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan adiknya berusia 3 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak 6 Tahun Letak Kerusi Kecil Atas Kerusi Pemandu, Adik Pula Tekan Minyak

Kanak-kanak itu dikatakan telah memandu sejauh 2.5 kilometer daripada rumah tanpa pengetahuan ibu bapa sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi.

Terbaru, tular pula di media sosial rakaman memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai kanak-kanak itu bercakap mengenai kejadian yang berlaku.

Dakwanya, kenderaan itu sebenarnya dipandu oleh seorang lelaki yang digelarkan ‘tok wan’. Dakwanya lagi, ‘tok wan’ berbadan besar dan berbulu hitam. Biar betul?

@daichidontcare Sila dengar sampai habis #kanakkanak6tahun #3tahun #vios #terbabas #langkawi ♬ original sound – Daichi Dont Care

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak sedang tidur manakala ibunya ke bilik air sebelum menyedari dua anak tiada dalam rumah.

Kini kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Diharapkan orang ramai tak membuat spekulasi dan menunggu sehingga siasatan selesai.

Kredit: Majoriti | TikTok | Kementerian Netizen Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas