Connect with us

Oh! Media

Menteri Pendidikan Sahkan Berlaku Pelanggaran SOP, Kes Guru Besar Disamun

guru besar

Oh! Tidak

Menteri Pendidikan Sahkan Berlaku Pelanggaran SOP, Kes Guru Besar Disamun

Sebelum ini kami ada kongsikan kronologi kes kecurian wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM109,000 yang berlaku di Beranang, Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Cermin Kereta Kena Pecah Masa Beli Air, Ini Kronologi Kes Wang Bantuan RM109k Lesap!

Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) turut telah mengesahkan berlaku pelanggaran SOP sewaktu proses pengeluaran wang tunai dari bank yang dilakukan seorang guru besar.

Menterinya, Fadhlina Sidek menjelaskan sewaktu kejadian, guru besar terbabit tidak membawa pengiring bersama, sama ada guru lain atau polis.

SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula jumlah yang cukup besar.

Menteri Pendidikan turut menegaskan KPM tidak akan berkompromi dengan kes ini dan akan menantikan laporan penuh siasatan polis serta JPN Selangor.

KPM beri jaminan penerima BAP akan tetap dapat hak mereka…

Kita jamin akan pastikan mereka penerima bantuan dapat hal mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses yang tertentu.

Ditanya tentang tindakan ke atas guru besar terbabit, Fadhlina akan nantikan dahulu hasil siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas