Connect with us

Oh! Media

Mengaku Salah Miliki Dan Hisap Dadah, Anak Pelakon Popular Era 90-an Dipenjara

anak artis hisap dadah

Oh! Tidak

Mengaku Salah Miliki Dan Hisap Dadah, Anak Pelakon Popular Era 90-an Dipenjara

Anak kepada pelakon wanita terkenal era 1990-an, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini di atas dakwaan memiliki dan menghisap dadah.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Utusan, dalam prosiding yang berlangsung hari ini, tertuduh Syarra Sudarman membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 12 Oktober tahun lalu, kira-kira pukul 11.45 pagi bertempat di sebuah hotel di pekan Kuala Pilah dalam milikan tertuduh terdapat dua peket plastik lutsinar mengandungi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.72 gram. 

Pada tarikh yang sama kira-kira pukul 3 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, tertuduh telah memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine (pertuduhan kedua).

Anak pelakon mengaku bersalah atas dua pertuduhan

Untuk kedua-dua kesalahan itu, majistret menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dari tarikh tangkapan bagi pertuduhan pertama. Bagi pertuduhan kedua, dia dihukum lima bulan penjara dari tarikh sabitan serta pengawasan polis tidak kurang selama tiga tahun.

Terdahulu, tertuduh yang tak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, sebelum ini dia bekerja tetap di Kuala Lumpur dan menanggung sepenuhnya seorang anak.

Saya harap hukuman dijalankan sama dengan tarikh saya ditangkap untuk saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu di Kuala Lumpur.

Kini anaknya dijaga ibu dan sepanjang ditahan di Penjara Sungai Udang, Melaka, ibunya ada telefon sebanyak dua kali memaklumkan kurang sihat.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas