Connect with us

Oh! Media

Mayat Wanita Reput Ditemui Di KLIA

Ohmedia mayat wanita klia

Oh! Tidak

Mayat Wanita Reput Ditemui Di KLIA

Mayat wanita reput ditemui dekat KLIA dengan kesan kecederaan, polis siasat kes bunuh.

Bila dengar berita ni memang meremang weh. Bayangkan mayat seorang wanita muda dalam lingkungan 20-an ditemui reput berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at memaklumkan, orang awam yang menjumpai mayat reput terbabit terus buat laporan polis kira-kira jam 7.50 malam.

Keadaan mayat wanita ditemui reput…

Doc79zcw6qymnr1ilirnijx
KLIA comes in at number on the latest Skytrax Worlds Top Airports list AZHAR MAHFOFThe Star

Ketika ditemui, keadaan mayat memang menyayat hati. Kepala mangsa dah tak sempurna, tinggal tengkorak je. Menurut polis, dari keadaan fizikalnya, mangsa mungkin sudah meninggal dunia lebih kurang seminggu sebelum ditemui.

IKLAN

Walaupun reput, polis sahkan wanita tu masih berpakaian lengkap. Mangsa memakai T-shirt putih jenama Drum bersaiz XS bertulis “Fear Less” dan seluar kargo pendek berwarna krim bersaiz L.

Identiti mangsa masih misteri…

Polis

Setakat ni, identiti mangsa masih tak dapat dikenal pasti sebab langsung tak ada dokumen pengenalan diri dijumpai. Polis masih jalankan siasatan untuk kenal pasti siapa sebenarnya wanita malang ni.

Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Serdang menemui empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa. Disebabkan itu, kes terus diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namun begitu, motif pembunuhan masih belum jelas. Polis kini sedang giat jalankan siasatan dan cari maklumat tambahan.

Pihak polis juga minta kerjasama orang awam atau mana-mana waris yang mungkin kenal mangsa untuk segera hubungi balai polis berdekatan. Korang juga boleh terus hubungi Pegawai Penyiasat, Deputi Superintendan Tee Ah Chew di talian 018-2183555.

Pssttt! Seram betul bila fikir kes macam ni boleh jadi dekat tempat yang sibuk macam KLIA. Apa yang Ohmedia boleh pesan, kalau korang nampak benda mencurigakan atau orang hilang jejak, cepat-cepatlah buat laporan. Kadang-kadang tindakan kecil kita tu boleh bantu selesaikan kes besar dan dalam masa sama beri keadilan pada mangsa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas