Connect with us

Oh! Media

Marah Putus Tunang Punca Lelaki Tik*m Bekas Tunang 8 Kali

20230530 110809 0000

Oh! Tidak

Marah Putus Tunang Punca Lelaki Tik*m Bekas Tunang 8 Kali

Sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan kes tikam dan bakar seorang wanita yang berlaku di Sungai Besar beberapa hari yang lepas.

BACA: Mayat Dibakar Di Sungai Besar, Suspek Mengaku Bunuh Untuk Rahsiakan Hubungan Luar Nikah

Terbaru, seorang wanita telah maut akibat ditikam beberapa kali oleh bekas tunangnya di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu semalam.

IKLAN

Bunuh bekas tunang

Bunuh

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris memaklumkan mangsa telah memutuskan pertunangan dengan suspek tiga hari yang lepas atas alasan peribadi.

Suspek juga dikatakan sering mengganggu mangsa sehingga ke tempat kerja bagi memujuk wanita itu yang memutuskan tunang.

Suspek dikatakan memujuk mangsa namun wanita itu enggan meneruskan perhubungan mereka. Suspek dipercayai mendekati mangsa sebelum menikamnya beberapa kali, menyebabkan wanita itu rebah ke lantai berhampiran kaunter juruwang.

Menurut saksi, mangsa terlantar di lantai bersama suspek yang berdiri di sebelahnya sambil memegang sebilah pisau yang berlumuran darah.

Mangsa maut di tempat kejadian dan suspek kini sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas