Connect with us

Oh! Media

Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali Tuntut Keadilan, Saman Kerajaan Selangor RM1,220,406

Ohmedia tanah runtuh batang kali

Oh! Tidak

Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali Tuntut Keadilan, Saman Kerajaan Selangor RM1,220,406

Nampaknya kerajaan Selangor bakal disaman dengan 23 mangsa dan keluarga tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pada tahun 2022. Mereka mendakwa tindakan ini perlu diambil kerana pihak berwajib dilihat cuai dan gagal memastikan keselamatan di tapak perkhemahan tersebut.

Bukan hanya kerajaan Selangor akan disaman tetapi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, serta dua syarikat BL Agro Sdn Bhd dan Malaysia Botanical Gardens Resort Sdn Bhd turut diambil tindakan.

Tuntutan ganti rugi khas sebanyak RM1,220,406.84

Image
Image

Difahamkan, jumlah tuntutan di atas merangkumi ganti rugi bagi kerosakan harta benda, kecederaan peribadi, ganti rugi khas dan ganti rugi kehilangan tanggungan serta kehilangan nyawa.

IKLAN

Mereka turut menuntut ganti rugi am dan teruk serta kerugian tidak ketara yang tidak terhad kepada kesakitan dan penderitaan, tekanan emosi serta mental.

Pengusaha salah guna tapak pertanian…

Image

Penggunaan sebahagian tanah tapak perkhemahan terbabit adalah zon komersial walaupun mengikut hak milik tanah, ia bagi tujuan pertanian.

#OhmediaNasihat

Tragedi seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya pematuhan undang-undang dan pengurusan risiko dalam pembangunan.

Semoga usaha keluarga mangsa ini membawa kesedaran kepada semua pihak untuk memastikan keselamatan sentiasa diutamakan bagi mengelakkan kehilangan nyawa yang sia-sia.

Ohmedia tanah runtuh batang kali

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas