Connect with us

Oh! Media

Mandi Pantai Untuk Hilangkan Gatal Badan Bertukar Trajedi, Lelaki Ditemukan Lemas

Lemas

Oh! Tidak

Mandi Pantai Untuk Hilangkan Gatal Badan Bertukar Trajedi, Lelaki Ditemukan Lemas

Mesti korang pernah dengar kalau badan gatal jer, pergi mandi laut dan mungkin gatal tu akan hilang kan? Ini yang dibuat seorang lelaki tapi ianya bertukar menjadi tragedi apabila dia ditemukan lemas. 

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki Mengintai Dan Rakam Video Di Tandas Lelaki Ditahan

Menurut laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku di sebuah pantai di Port Dickson sebelum pihak polis menerima makljmag mengenai penemuan mayat lelaki yang berusia 59 tahun itu.

Sehubungan itu, pihak polis terus bergegas ke tempat kejadian dan ketika pemeriksaan dijalankan, tidak menemui sebarang unsur jenayah dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Menurut keluarga mangsa, mangsa keluar dari rumah seorang diri dengan menunggang motosikal pada 6 petang untuk mandi laut kerana badan mangsa berasa gatal.

Pada 6.30 petang, seorang lelaki yang menginap di resort berdekatan menjumpai mangsa terdampar di tepi pantai sebelum memaklumkan kepada polis.

Kesiannya dan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. Hasil bedah siasat juga telah dijalankan dan mengesahkn bahawa punca kematian adalah disebabkan ‘Fatal Drowning’.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.  

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top