Connect with us

Oh! Media

Lelaki Mengintai Dan Rakam Video Di Tandas Lelaki Ditahan

Mengintai

Trending

Lelaki Mengintai Dan Rakam Video Di Tandas Lelaki Ditahan

Seorang lelaki ditahan polis selepas mengintai dan merakam video di tandas lelaki stesen minyak di Batu 3, Shah Alam. Kau dah kenapa bang?

ADVERTISEMENT

BACA : Suami Sanggup Tinggalkan Isteri Bonceng Motosikal Seorang Diri Untuk Lari Dari Polis?

Menurut laporan Harian Metro, polis menerima aduan daripada seorang lelaki berhubung tangkapan awam di stesen minyak berkenaan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Polis kemudiannya membuat tangkapan semula ke atas lelaki yang berusia 37 tahun itu selepas dia ditangkap orang awam. 

Suspek ditahan orang awam yang hendak menggunakan tandas apabila didapati sedang merakam pengguna di tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbitnya.

Hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek, didapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil.

Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tak senonoh betul! Orang ramai juga dinasihati agar sentiasa berhati-hati dan tidak berkelakuan melampaui batas seperti ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas