Connect with us

Oh! Media

Malaysia Dah Bersedia, MySejahtera Bakal Digunakan Untuk Pemantauan Cacar Monyet – KJ

malaysia dah bersedia

Trending

Malaysia Dah Bersedia, MySejahtera Bakal Digunakan Untuk Pemantauan Cacar Monyet – KJ

Dengan peningkatan kes cacar monyet di negara lain, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan Malaysia dah bersedia untuk menghadapi kemasukan kes cacar monyet dengan langkah-langkah dan plan yang sepatutnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak ‘Viral’ Hidap HFMD, Bukan Cacar Monyet – DG Hisham

MySejahtera juga akan digunakan bagi pemantauan untuk pengembara yang datang ke Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.

Protokol sama macam Covid-19

Plan strategik dan langkah berjaga-jaga yang bakal dilakukan adalah sama seperti protokol Covid-19, seperti tatacara pengesanan, ujian sampel, siasatan, pengurusan kes dan kontak rapat.

Langkah pencegahan dan kawalan juga akan bermula di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara.

KKM juga melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan awal dalam komuniti seperti memastikan cukup peralatan untuk pengesanan awal, pengurusan kes di hospital, pengurusan kluster wabak sekiranya terjadi epidemik dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai supaya tidak panik.

Memandangkan virus cacar monyet boleh dibawa oleh haiwan dan bukan je manusia, KKM kini bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Malaysia (Maqis), Jabatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengetahui berkenaan survelan haiwan import.

Ciri baru MySejahtera digunakan

malaysia dah bersedia

Kalau sebelum ini kita gunakan MySejahtera untuk pemantauan Covid-19, dengan peningkatan kes cacar monyet ini, MySejahtera akan mula digunakan bagi virus yang kian menular ini.

Penggunaan ini membabitkan pelancong dari negara endemik cacar monyet dan negara bukan endemik agar mereka menerima pop-up amaran kesihatan. Ciri pengesanan close contact juga akan diaktifkan jika diperlukan.

Tempoh inkubasi cacar monyet adalah selama 3 minggu, jadi para pelancong akan diingatkan untuk memantau simptom virus tersebut selama 21 hari demi langkah berjaga-jaga.

Buat masa ni, Malaysia masih belum memiliki sebarang kes yang berkaitan dengan cacar monyet. KKM masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk melaksanakan program imunisasi cacar monyet secara besar-besaran seperti Covid-19, tetapi melakukan imunisasi bersasar untuk kontak rapat dan petugas kesihatan.

Baru nak lega dengan penurunan kes Covid-19, datang pula virus baru. Sesungguhnya, Allah itu sebaik-baik perancang. Semoga negara kita sentiasa dilindungi dari terkena wabak cacar monyet ini.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas