Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak ‘Viral’ Hidap HFMD, Bukan Cacar Monyet – DG Hisham

HFMD

Trending

Kanak-Kanak ‘Viral’ Hidap HFMD, Bukan Cacar Monyet – DG Hisham

Sebelum ini kecoh di media sosial, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun dikatakan menghidap penyakit cacar monyet. Namun, setelah membuat ujian, Keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mengesahkan kanak-kanak tersebut sebenarnya menghidapi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), bukannya cacar monyet.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Virus Cacar Monyet Dah Merebak Di Malaysia, Ini Jawapan KKM

Tan Sri Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan menjelaskan bahawa keputusan ujian kanak-kanak itu positif virus Coxsackie A6 dan negatif virus lain, termasuk cacar monyet.

DG Hisham memberitahu kanak-kanak tersebut mengalami gejala demam pada 13 Mei dan ruam pada 16 Mei. Dia telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan.

Ruam tersebut kemudian menjadi blister pada 19 Mei dan mula pecah pada 21 Mei.

Semoga anak kecil ini segera sihat dan pulih sepenuhnya. Dah makin menjadi-jadi penyakit HFMD ini di Malaysia. Semoga Allah lindungi kita semua terutama kanak-kanak kecil.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas