
Oh! Tidak
“Mak Sakit Mak” – Tular Sekumpulan Remaja Main Mercun ‘Target’ Rumah Orang, Siap Bersorak
Oleh
Tular di media sosial video memaparkan sekumpulan remaja didakwa bermain mercun dengan menjadikan rumah orang dan kenderaan lalu lalang sebagai ‘target’.
BACA: Wanita Geram Kereta Habis Calar Selepas Jiran Main Mercun Tak Beragak
Menerusi rakaman yang dikongsi di Tiktok itu, kelihatan penghuni rumah menjerit ketakutan apabila mercun meletup di kawasan rumah mereka.
Lebih membahayakan apabila sekumpulan remaja itu didakwa membaling batu apabila mercun habis menyebabkan ada yang cedera.
Remaja main mercun baling kena rumah orang
DAH KENA SERANG TAU TAKUT! NI MESTI MAK BAPAK TAK TAU PERANGAI ANAK KAT LUAR MACAM MANA! pic.twitter.com/VPLv8aoluc
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 7, 2023
Pengadu meluahkan rasa pelik mengapa rumah penduduk dijadikan target sedangkan pihaknya tak melakukan provokasi. Difahamkan, pihaknya sedang mengumpul bukti untuk membuat laporan polis.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kampung Changkat Kiri Gombak menyebabkan pengadu mengalami kecederaan akibat percikan mercun yang meletup di perkarangan rumahnya.
Kredit: Twitter Malaysia Most Viral | TikTok
