Connect with us

Oh! Media

“Mak Bapak Perangai Selekeh”- Ramai Salahkan Golongan B40 Hancurkan Hiasan Lego Dalam Mall

Trending

“Mak Bapak Perangai Selekeh”- Ramai Salahkan Golongan B40 Hancurkan Hiasan Lego Dalam Mall

Siapa yang berkunjung ke Sunway Carnival, Pulau Pinang mesti korang akan perasan susunan blok lego gergasi dekat tengah-tengah pusat membeli-belah tu.

ADVERTISEMENT

Malangnya, tersebar pula gambar menunjukkan blok lego gergasi ni telah diubah dek tangan-tangan pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Melalui perkongsiaan seorang pengguna di Facebook itu, kelihatan orang dewasa serta anak-anak berasa teruja ‘mengusik’ lego berkenaan hingga hilang rupa asalnya.

Dah ada arahan jangan sentuh atau ubah lego

Buruk perangai. Mak bapak anak semua perangai sama. Dah terang-terang tulis jangan duk ubah blok lego tu.

Dalam pada masa yang sama, pengguna yang memuat naik foto itu turut berasa kasihan kepada kakitangan pusat membeli-belah terbabit kerana perlu menyusun semula lego berkenaan.

Tambahannya lagi, mustahil pengunjung tidak peka dengan amaran yang sudah diletak di kawasan tersebut agar yang datang melihatnya tidak menyentuh lego-lego terbabit.

Mak bapak tak pandai membawa

Posting berkenaan telah meraih banyak perhatian daripada warganet yang tidak bersetuju dengan cara pengunjung-pengunjung menyentuh lego terbabit, malah mereka turut merasakan mereka semua merupakan golongan B40.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju apabila ramai yang menuduh golongan B40 merosakkan hiasan lego terbabit.

Malah, ramai juga yang mempersoalkan poster larangan yang tertulis di dalam bahasa Inggeris kerana mereka berpendapat ia sepatutnya ditulis dalam bahasa Kebangsaan.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas