Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Denda RM10K, Suri Rumah Menangis ‘Tak Berlagu’

suri rumah

Trending

Mahkamah Denda RM10K, Suri Rumah Menangis ‘Tak Berlagu’

Sebelum ini tersebar seorang wanita telah menggunakan ayat tidak baik di media sosial dengan tujuan menghina Yang di-Pertuan Agong. Terkini, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas suri rumah berkenaan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Cari Dosa!”, Individu Cipta Akaun Palsu Hina Agong, Tunku Azizah Mahu Tindakan Diambil Segera

Suri rumah yang dikenali sebagai Nur Faizah, 28 tahun dijatuhkan atas 2 tuduhan menghasut dan membuat komunikasi jelik terhadap Agong dan institusi Raja di Twitter.

RM10,000 adalah jumlah keseluruhan denda di mana RM2,000 bagi tuduhan pertama dan RM8,000 bagi tuduhan kedua. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama 9 bulan.

Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama. Sebenarnya tertuduh boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pengajaran sewaktu prosiding.

Satu hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja untuk tertuduh, malah masyarakat lain yang mana menghina institusi Raja adalah satu kesalahan.

Tertuduh yang menghadiri prosiding turut merayu agar hukuman ke atasnya diringankan selepas menyesal dengan perbuatan itu.

Sekarang saya tak kerja dan hanya bergantung kepada suami. Saya mengaku salah, menyesal dan insaf. Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Semoga apa yang terjadi kepada Puan Nur Faizah menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas