Oh! Tidak
Mahasiswa IPTA Dibuli Pelajar Senior Mengalami Kecederaan Serius!
Seorang mahasiswa IPTA di Seri Iskandar, Perak mendakwa menjadi mangsa buli tiga pelajar senior hingga mengalami kecederaan serius. Allahu!
Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada Isnin lepas itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di muka, mata, dan telinga.
Mangsa yang baru saja berusia 18 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran itu tidak menyangka dirinya menjadi sasaran pembuli.
Pelajar itu dipukul serta dihempas ke lantai oleh ketiga-tiga pelajar terbabit.
Mahasiswa pulang ke kampung dalam keadaan trauma

Sehari selepas kejadian, mangsa pulang ke kampung halamannya di Kedah menaiki tren elektrik (ETS) dari Batu Gajah setelah dipujuk keluarganya.
Trauma dengan insiden tersebut, keluarganya segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Laporan polis itu kemudiannya dirujuk kepada IPD Perak Tengah, dan tindakan pantas pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek pada hari yang sama.
Netizen mahu pelaku terima hukuman tegas

Kes ini mendapat perhatian dan ramai yang menuntut hukuman berat terhadap pembuli terbabit.
Bukan tu jer, ada juga yang meluahkan rasa kesal kerana budaya buli masih wujud terutamanya di kalangan pelajar yang sepatutnya menjadi harapan masa depan.
#OhmediaNasihat
Buli bukan sahaja mencederakan fizikal, tetapi turut memberi kesan mendalam kepada mental dan emosi mangsa.
Sebagai masyarakat, kita harus cakna dan tidak normalisasi budaya buli. Jika menjadi saksi atau mengetahui kes sebegini, laporkan segera kepada pihak berkuasa.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM