Connect with us

Oh! Media

“Luluh Hati Saya Lihat Tiga Anak Bergelimpangan Dalam Air” – Bapa

Trending

“Luluh Hati Saya Lihat Tiga Anak Bergelimpangan Dalam Air” – Bapa

Semalam kita digemparkan dengan berita kematian tiga beradik yang terkena renjatan elektrik ketika rumah mereka dilanda banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Jiran Cerita Detik Adik-Beradik Terkena Renjatan Elektrik Depan Mata

Sudah pastinya kehilangan ini meninggalkan satu kesan yang mendalam bagi kehidupan ahli keluarga mereka yang melihat ketiga-tiga beradik ini bergelimpangan dalam air depan mata mereka.

Bapa reda pemergian tiga anak

Memetik laporan Berita Harian, bapa kepada tiga beradik ini, Mohd Nadzir Mohamad, 67, gagal menahan sebaknya selepas selesai majlis pengebumian tiga anaknya itu.

Mohd Nadzir dilihat menangis di sisi jenazah tiga anaknya iaitu Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27 sambil mengucup tiga anak perempuannya itu berkali-kali sebaik semua jenazah tiba di Masjid Al Ismail di Morak sekitar jam 11 malam tadi.

Luluh hati saya melihat tiga anak bergelimpangan dalam air, sedangkan dalam hati berkobar-kobar untuk menerpa ke arah mereka.

Sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga. Naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini, namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda.

Mohd Nadzir turut mengakui bahawa dia sering terkenangkan imej tiga anaknya yang terbaring dalam air dan dia tidak pasti sama ada mampu atau tidak untuk melupakan detik itu.

Tiada perubahan ditunjukkan tiga beradik sebelum ‘pergi’

Dalam pada itu, Mohd Nadzir memaklumkan bahawa tiada perubahan ketara ditunjukkan tiga beradik itu kecuali layanan mereka terhadapnya lebih mesra terutama sekali layanan diberikan Nurul Syazwani dan Noor Fathiah.

Sebelum ini ketiga-tiga mereka memang sudah baik budi pekerti, tetapi kebelakangan ini mereka melayan saya dengan sangat baik terutama Syazwani dan Fathiah yang sering bertanyakan makan minum saya.

Jika saya beritahu nak makan apa-apa, mereka segera menyediakannya dan saya tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya apabila berlaku tragedi ini, baru saya sedar akan perubahan itu.

Untuk info, tiga beradik itu terkena renjatan elektrik sebaik seorang daripada mereka berpegang pada sebatang tiang di rumah jiran yang mengalirkan elektrik apabila ingin bermain air banjir sekitar jam 11.45 pagi semalam.

Tindakan itu menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh ke dalam air sebelum tubuh menjadi seakan kejang dan mereka meninggal dunia serta-merta.

Kredit: Berita Harian | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas